Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

11  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0988.
Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Biasanya orang-orang Quraisy pada masa jahiliyah, puasa dari hari 'Asyura. Dan Rasulullah saw. pun mempuasakannya. Ketika beliau tiba di Madinah, dia mempuasakannya dan suruhnya pula orang-orang puasa pada hari itu. Tatkala puasa Ramadhan telah diwajibkan, beliau meninggalkan puasa Asyura, dan siapa yang ingin mengerjakannya dibolehkan dan siapa yang ingin meninggalkannya boleh pula."

12  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0977.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah puasa sehingga kami katakan beliau tidak berbuka. Dan beliau pernah berbuka sehingga kami katakan beliau tidak puasa. Belum pernah saya melihat Rasulullah saw. mencukupkan puasa sebulan selain bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat beliau berpuasa (sunat) lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

13  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0974.
Dari Rubayyi' binH Mu'awwidz r.a., katanya: "Pada suatu pagi di hari Asyura, Nabi saw. mengirim utusan ke desa-desa orang Ansar (untuk menyampaikan suatu pemberitahuan): "Barangsiapa telah makan pagi, hendaklah ia meneruskan sisa harinya (tanpa puasa), dan siapa yang telah puasa sejak pagi hendaklah ia teruskan puasanya," Kata Rubayyi', "Sesudah itu, kami biasa puasa pada tiap-tiap hari Asyura. Kami suruh anak-anak kami puasa, dan kami sediakan untuk mereka main-mainan terbuat dari bulu. Apabila seorang di antara mereka menangis minta makan, kami berikan main-mainan itu kepadanya sampai waktu berbuka."

14  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1143.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan Tuhan pada hari kiamat, dan mereka itu akan memperoleh seksa yang berat. Pertama, orang yang mempunyai kelebihan air tetapi tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan dalam perjalanan. Kedua, orang yang berjanji setia kepada Imam (Penguasa) tetapi hal itu dilakukannya hanya kerana kepentingan dunia. Kalau Imam memberikan keuntungan dunia kepadanya ia gembira. Tetapi kalau tidak, ia jadi marah. Ketiga, orang yang berjualan setelah Asar, seraya berkata: Demi Allah, tiada Tuhan selainNya. Barang-barang saya ini telah ditawar orang sekian. Lalu kata-katanya itu dipercaya orang lain." Lalu beliau membaca ayat yang bererti: "Orang-orang menjual janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang murah di akhirat mereka tidak akan mendapat apa-apa. Tuhan tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat nanti. dan tidak akan menyucikan mereka dari dosa mereka. Mereka akan memperoleh seksa yang pedih." (Ali Imran. 77)

15  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0647.
Abu Dzar mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang datang kepada ku dari Tuhan ku membawa berita (mungkin katanya: membawa berita gembira): "Sesungguhnya, barangsiapa di antara umat ku yang mati, sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, orang itu masuk syurga." Aku bertanya: "Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?" Jawab Nabi, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri."

16  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0033.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."

17  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1846.
Dari 'Aisyah r.a. sesungguhnya dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah saw. ialah mimpi yang benar di waktu tidur. Setiap Nabi bermimpi, dilihatnya dengan terang seperti di pagi hari. Kemudian itu, beliau pergi ke gua Hira' dan beribadat di situ selama beberapa malam. Untuk itu beliau membawa perbekalan. Kemudian setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah dan disiapkannya pula perbekalan seperti yang dahulu. Akhirnya kebenaran (wahyu) datang kepada beliau dengan tiba-tiba, ketika sedang berada di gua Hira'. Maka datanglah malaikat (Jibril) ke situ dan mengatakan: "Bacalah!" Nabi menceritakan: Jawab ku: "Aku tidak boleh membaca." Lalu malaikat itu memegang dan memeluk ku sampai merasa letih. Kemudian aku dilepaskannya dan katanya sekali lagi: "Bacalah!" Aku tetap menjawab: "Aku tidak bisa membaca." Lalu aku dipeluknya sekali lagi, sehingga aku merasa letih. Kemudian dilepaskannya pula dan mengatakan: "Bacalah!" Aku tetap menjawab: "Aku tidak bisa membaca." Lalu aku dipeluknya kali yang ketiga, sampai aku merasa letih. Kemudian itu dilepaskannya sambil mengucapkan: "Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan..mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Kemudian itu Nabi kembali pulang dengan perasaan goncang. Setelah bertemu dengan Khadijah, beliau mengatakan: "Selimuti aku, selimuti aku!" Lalu beliau diselimuti oleh Khadijah sampai hilang takutnya. Nabi berkata: "Hai Khadijah! Apakah gerangan yang terjadi pada diriku?" Diceritakan oleh Nabi kepada Khadijah peristiwa yang telah dialaminya. Kemudian mengatakan: "Sesungguhnya aku cemas terhadap diriku." Khadijah menjawab: "Jangan khuatir! Hendaklah engkau bergembira. Demi Allah, Tuhan tidak akan menimpakan kehinaan kepada engkau buat selamanya, kerana engkau seorang sentiasa memperhubungkan kasih sayang (silaturrahim), berkata benar, menolong orang yang sengsara, memuliakan tamu dan menolong orang yang korban kerana mempertahankan kebenaran." Kemudian itu Nabi bersama Khadijah pergi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul 'Uzza bin Qusai, seorang anak saudara bapa Khadijah. Waraqah itu telah memeluk agama Nasrani dizaman jahiliyah dan pandai menulis dalam bahasa Arab. Ditulisnya dari Kitab Injil dalam bahasa Arab seberapa kesanggupan yang diberikan Tuhan kepadanya. Umurnya telah sangat tua dan matanya telah buta. Kata Khadijah kepada Waraqah: "Hai anak pakcikku. Dengarlah cerita dari anak saudara mu (maksudnya Nabi Muhammad)!" Kata Waraqah: "Hai anak saudaraku! Apakah yang telah anda lihat?" Lalu diceritakan oleh Nabi saw. apa yang telah dialaminya. Kata Waraqah:"Itu Namus (Jibril) yang telah diutus kepada Musa. Wahai, hendaknya saya masih (muda dan masih hidup, ketika anda diusir oleh kaum anda!" Rasulullah saw. bertanya: "Apakah mereka nanti akan mengusir aku?" Jawab Waraqah: "Betul! Setiap orang yang mengemukakan serupa dengan apa yang anda kemukakan ini pasti akan dimusuhi. Kalau seandainya saya mendapati hari itu, nescaya saya akan membantu anda dengan sekuat-kuatnya." Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu berhenti buat sementara, sehingga sangat menyedihkan hati Nabi. Menurut ceritanya, kerana kesedihan itu beberapa kali Nabi hendak menjauhkan dirinya dari puncak bukit. Tetapi hati itu tidak sampai terjadi, kerana setiap kali Nabi sampai di puncak bukit hendak menjatuhkan dirinya dari situ, malaikat Jibril menampakkan diri dan mengatakan: "Hai Muhammad! Engkau sebenarnya Rasulullah". Kerana itu hati Nabi menjadi tenteram dan jiwanya kembali tenang sehingga dia pulang saja. Setelah wahyu terhenti sampai sekian lama. Nabi hendak berbuat pula sebagai dahulu, tetapi setelah sampai di puncak bukit, kelihatan lagi malaikat Jibril, lalu mengucapkan perkataan serupa yang diucapkannya dahulu.

18  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1048.
Dari 'Atha' bin Yasar r.a., katanya dia bertemu dengan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, lalu katanya: "Ceritakanlah kepada ku tentang sifat Rasulullah saw. seperti yang tersebut dalam Kitab Taurat." Jawab Abdullah, "Baiklah! Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah saw. telah disebut di dalam Kitab Taurat dengan sebahagian sifat beliau yang tersebut di dalam Al Quran: "Wahai, Nabi! Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk menjadi saksi, memberi khabar gembira, memberi peringatan dan memelihara orang ummi. Engkau adalah hambaKu dan pesuruhKu. Aku namakan engkau orang yang tawakkal (berserah diri), tidak jahat budi, tidak kesat hati, tidak pula orang yang suka berteriak di pasar-pasar, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi pemaaf dan memberi ampun. Dan Allah belum akan mencabut nyawanya sehingga dia menegakkan agama selurus-lurusnya, iaitu supaya mereka mengucapkan: "Laa illaaha illallaah", sehingga dengan ucapan itu Allah membukakan mata yang buta dan telinga yang tuli serta hati yang tertutup."

19  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1270.
Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mengerjakan solat, dan puasa dalam bulan Ramadan, adalah kewajiban Tuhan memasukkannya ke dalam syurga, baikpun ia berjihad dalam agama Allah atau tetap tinggal di negeri kelahirannya". Orang banyak bertanya: "Apakah tidak baik tuan gembirakan manusia dengan yang demikian itu'!" Beliau menjawab: "Sesungguhnya dalam syurga ada seratus darjat (tingkatan). Tuhan menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad dalam agamaNya, jarak antara satu darjat dengan yang di atasnya bagai antara langit dan bumi. Jikalau kamu bermohon pada Tuhan, mohonkanlah beroleh Firdaus..Sesungguhnya Firdaus itulah yang paling baik dan paling tinggi darjatnya yang pernah diperlihatkan kepada saya. Di atasnya 'Arsy Tuhan, dan di situ mengalir sungai-sungai syurga".

20  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2014.
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Saya tiada cemburu kepada seorang perempuan serupa cemburu saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah dalam syurga."